Friday, August 19, 2011

Nak Tapi Tak Dapat

salam ramadhan..

kehidupan yang dilalui selalunya berlaku tidak seperti yang di jangka. tak semua yang kita mahu kita akan dapat, baik dari segi persahabatan, percintaan dan keluarga. semuanya berada diluar dugaan, hanya takdir dan perlakuan yang menentukan segalanya.

dari segi kekeluargaan, semuanya kelihatan elok pada pandangan mata. kadang-kadang apa yang kita lihat tidak menggambarkan keadaan sebenar. mempunyai keluarga yang besar merupakan satu anugerah yang cukup ternilai buat diri aku sendiri.  tapi realitinya keluarga besar amat mudah menyumbang kepada perselisihan faham antara ahli keluarga itu sendiri. bilangan ahli yang ramai menyebabkan ada kalangan mereka yang tidak menghargai kewujudan sesetengah ahli yang lain, mungkin.

bab cinta memang otai. dah beratus kali bercinta & beratus kali putus pun, tetap tak pernah serik. dan paling best, tak pernah pulak aku membenci kaum adam ni walau secelaka mana pun diorang buat kat aku. i pencinta lelaki u! tapi yang pastinya, selama berkecimpung dalam bidang ni pernah sekali je aku yang mintak putus. yang lain semuanya kaum adam yang lafazkan cerai sebab ada hawa lain. sedih titew taw.. eww. tapi tak pe, anggap aje takda jodoh.. jodoh kan rahsia tuhan. :]

sahabat.. mereka la tempat aku mengadu domba. masalah family, masalah pakwe-pakwe semua mereka yang tadah telinga dengar. yang buat aku sentiasa sengeh lebar pun, mereka lah jugak. tapi sekarang, semua jauh dimata, dekat dihati. nak cerita apa bagai pun dah takda feel. bukan tak ada kawan yang dekat, tapi sebaik yang dah ada. yang jauh asyik teringat, yang dekat tak terpikat gitu la kiranya.

saat ini aku hanya perlukan sahabat untuk selalu ada kongsi apa-apa dengan aku, family yang bahagia tak da gaduh-gaduh dan.. pakwe yang boleh tenangkan hati aku disaat aku meroyan. tapi tu la.. tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. everything happens for reason kata omputeh.



No comments:

Post a Comment