Sunday, December 18, 2011

Kenangan Pahit 2011

18/12/2011, merapoh. hampir meragut nyawa bila sebuah kereta yang terbabas langgar bas yang aku naik. lepas ni dah fobia aku nak duk bawah kalo naik double decker, nak lagi belakang driver.

alhamdulillah, syukur kepadaNya masih berikan aku peluang untuk bernafas. amin..

Friday, December 16, 2011

Soalan Paling Sukar

bila agaknya kakak aku nak berubah jadi macam kakak orang lain, yang sayang-cakap elok-tolak ansur dengan adik?

kalau dia berubah, wajib buat kenduri 40 hari 40 malam!

Monday, August 22, 2011

Sedap

Sedap orang ada pakwe
boleh mesej berjela-jela..

Sedap orang ada pakwe
boleh belanja apa-apa saja..

Sedap orang ada pakwe
boleh mengadu domba..

Sedap orang ada pakwe
boleh canang merata-rata..

Sedap orang ada pakwe
yang miskin jadi kaya..

sedap orang ada pakwe
boleh pakai barang yang branded je

Sedap orang ada pakwe
boleh jalan kemana-mana..

Sedap orang ada pakwe
boleh buat kawan cemburu gila..

Shopping Raya

semalam keluar nak cari baju raya. dah usha dua minggu lepas, cuma tak beli sebab kakak aku tak ada saiz. tup tup semalam aku pulak tak beli baju tu. entah kenapa.. ambik baju cotton ready made yang rege dia RM40 je. rasanya ini baju raya paling murah yang aku beli.yang dah jahit ada 2 pasang. cukup la tu untuk raya 3 hari.

kasut pulak aku tak sempat nak pilih betul-betul sebab mak tiri da bebel sebab da lewat. sekali da sauk, berkenan terus bayar. rege RM65.. yang penting sedap dipakai. biasanya aku suka kasut flat je, kali ni aku amik yang ada heels sikit. feeling-feeling matang gitu.

bra, penties da siap beli. cuma yang belum ada lagi, tudung & kalau cukup duit nak beli beg. kalau ikut semua barang yang aku beli tu, bukan aku bayar pun. mak tiri bayar pakai kad kredit. kalau dia suruh bayar balik pun, aku nak senyum manis je. hehe




p/s : tayar moto pancit. da tukar tiub, pancit lagi. melayang lagi la sen aku. T___T

Friday, August 19, 2011

Nak Tapi Tak Dapat

salam ramadhan..

kehidupan yang dilalui selalunya berlaku tidak seperti yang di jangka. tak semua yang kita mahu kita akan dapat, baik dari segi persahabatan, percintaan dan keluarga. semuanya berada diluar dugaan, hanya takdir dan perlakuan yang menentukan segalanya.

dari segi kekeluargaan, semuanya kelihatan elok pada pandangan mata. kadang-kadang apa yang kita lihat tidak menggambarkan keadaan sebenar. mempunyai keluarga yang besar merupakan satu anugerah yang cukup ternilai buat diri aku sendiri.  tapi realitinya keluarga besar amat mudah menyumbang kepada perselisihan faham antara ahli keluarga itu sendiri. bilangan ahli yang ramai menyebabkan ada kalangan mereka yang tidak menghargai kewujudan sesetengah ahli yang lain, mungkin.

bab cinta memang otai. dah beratus kali bercinta & beratus kali putus pun, tetap tak pernah serik. dan paling best, tak pernah pulak aku membenci kaum adam ni walau secelaka mana pun diorang buat kat aku. i pencinta lelaki u! tapi yang pastinya, selama berkecimpung dalam bidang ni pernah sekali je aku yang mintak putus. yang lain semuanya kaum adam yang lafazkan cerai sebab ada hawa lain. sedih titew taw.. eww. tapi tak pe, anggap aje takda jodoh.. jodoh kan rahsia tuhan. :]

sahabat.. mereka la tempat aku mengadu domba. masalah family, masalah pakwe-pakwe semua mereka yang tadah telinga dengar. yang buat aku sentiasa sengeh lebar pun, mereka lah jugak. tapi sekarang, semua jauh dimata, dekat dihati. nak cerita apa bagai pun dah takda feel. bukan tak ada kawan yang dekat, tapi sebaik yang dah ada. yang jauh asyik teringat, yang dekat tak terpikat gitu la kiranya.

saat ini aku hanya perlukan sahabat untuk selalu ada kongsi apa-apa dengan aku, family yang bahagia tak da gaduh-gaduh dan.. pakwe yang boleh tenangkan hati aku disaat aku meroyan. tapi tu la.. tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. everything happens for reason kata omputeh.